Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dalam menghadapi kehidupan yang mencabar ini terlalu banyak yang perlu dipersiapkan untuk terus maju. Bermula dengan keimanan sebagai pegangan hidup sehinggalah kepada membina kepimpinan dan kemahiran diri. Dengan kata lain kehidupan ini memerlukan kegigihan dan kesabaran untuk membina ketahanan diri terhadap ujian. Semua di antara kita tahu hidup pasti ada ujian untuk terus maju. Tetapi bila dilambung ombak belum tentu kesedaran hakikat ujian itu dapat diadaptasi sebaik mungkin.
Sebab itu adakalanya apabila sekali terjatuh tidak ramai yang dapat bangun kembali. Ramai yang terus terbaring kerana tidak dapat mencari lagi tempat berpaut untuk bangun dan berdiri kembali. Apabila diterjemahkan dalam kehidupan ini baik dari apa jua sudutnya kita semua perlu cuba untuk terus berusaha sehingga berjaya. Yang pastinya Allah SWT akan memberikan ujian pada kita semua di dunia ini, tetapi bezanya apakah kita bersedia dan bertekad untuk bangun kembali jika ujian itu tertimpa pada diri kita?
Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain jua. Begitulah jua apabila belakang parang yang sering diasah pasti akan hadir tajamnya. Bila gagal sekali tidak bermakna anda sudah berada dalam sial sepanjang masa. Jadi berusahalah sekali anda masih hidup kerana selagi hidup peluang untuk berjaya tidak pernah padam.
Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain jua. Begitulah jua apabila belakang parang yang sering diasah pasti akan hadir tajamnya. Bila gagal sekali tidak bermakna anda sudah berada dalam sial sepanjang masa. Jadi berusahalah sekali anda masih hidup kerana selagi hidup peluang untuk berjaya tidak pernah padam.
3 makian:
Ujian sentiasa ada menemani pahit manis kehidupan
jangan mudah mengalah pada ujian, terus sabar,sabar dan sabar
tangani masalah sebaiknya
reda dengan ujian..kerana ujian itu tanda Allah sayang kepada kita
Quran ada menyebut,"adakah mereka itu menyangka mereka beriman, sedangkan mereka belum diuji tahap keimanan mereka?"
Bila Terjatuh Jangan Terus Terbaring,
haha
molek tajuk
kalu jatuh, kalu letih tidur dulu skjp baru bangun, mana tahu letih mengharungi arus hidup nih,
mmg letih pun,haha
b2:mekasih atas nasihat tuh =)
amir:letih op..tau pun letih tp nak wat camner kan dah kehidupan jd begitu..
Post a Comment