4 jenis golongan di bulan ramadhan

Sedar tidak sedar sudah dekat dua minggu kita berpuasa. Sejauh mana kita mengutip amalan kerohanian perlu kita hargai??Marilah ktia sama-sama Fikir-fikirkan dan renung-reungkan bersama.

Ada 4 jenis golongan orang Islam di bulan Ramadan.

1.Golongan anai-anai

Mereka ini termasuk dalam golongan manusia yang sibuk berniaga dan mencari keuntungan di bulan puasa, namun pada zahirnya mereka memberi kebaikan kepada orang lain dengan menjual keperluan dan kelazatan. Namun diri mereka sendiri terabai tidak mengerjakan kewajipan sebagai seorang muslim dan tidak dapat menikmati ramadan dengan sewajibnya.

2. Golongan semut (*recommended kita ikuti)

Golongan yang mencari keperluan dan menyempurnakan kekurangan sebelum menghadapi musim yang sukar dicari. Mereka tahu banyak kebaikan yang dapat mereka cari dengan kesempatan yang agak terbatas. Mereka tahu ada habuan yang tidak ada tersedia di bulan-bulan lain. Maka mereka menggunakan kesempatan dan peluang hidup di bulan ramadan untuk mencari rahmat, maghfirah dan kebebasan dari api neraka.

3. Golongan lalat dan nyamuk.

Golongan yang sentiasa alpa dengan kehidupan sendiri. Mereka tidak memikirkan kelebihan dan peluang besar yang disediakan Allah sepanjang ramadan. Bahkan mereka hanya melakukan maksiat dan kerosakan.

4. Golongan tikus.

Golongan yang suka bermalas-malasan di bulan ramadan dan hanya akan mula aktif apabila mencari makan untuk mengalas perut sahaja. Bagi mereka ramadan hanya menyekat aktiviti bebas mereka pada bulan-bulan biasa. Mereka sangat menunggu hari berakhirnya ramadan. Mereka juga mencari makanan walaupun dengan cara yang kotor dan menindas.

Semoga kita terhindar dari golongan-golongan seperti atas ini, kecuali semut. Tuntas aku mengatakan aku juga mungkin tergolong kerana kealpaan yang tidak disedari secara sengaja atau tidak. Kita hamba manusia biasa sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam bulan ramadhan yang mulia ini. Insyallah.

www.tips-fb.com

0 makian:

Post a Comment