Hari ni ialah hari terakhir bagi tahun 2008. Terdapat banyak kenangan dan memori sepanjang tahun ini terutamanya di sekolah yang sudah kutinggalkan SMKA Tok Jiring. Tak sangka sudah lima tahun aku sudah berada di sekolah itu. Cepat sungguh masa ini. Rasa baru seperti semalam aku menjejakkan kaki di sekolah ini. Baiklah, pada tahun ini aku yang merupakan pelajar di kelas 5 Al-Ikhlas. Aku pada mulanya memang tak percaya aku boleh berada di dalam kelas no satu di sekolah tu. Peperiksaan akhir tahun lepas pun, aku rase jawab lebih kurang je. Itu pun ade lagi subjek yang aku sepatutnya aku dapat a tapi tidak dapat kerana peperiksaan berakhir seminggu sebelum cuti sekolah akhir tahun lantas tak sempat untukku berjumpa dengan cikgu bagi membetulkan markah dan gred aku. Peperiksaan tu aku hanya dapat 6a je dan ranking dalan tingkatan 27 kalu xsilap.
Dahla hanya tiga orang pelajar dari kelas 4 Ar-Rahman yang berada di 5 Al-ikhlas. Ketiga-tiganya lelaki. Masa sebelum peperiksan akhir tahun tu, kami bertiga(aku,azri dan bob) dah berpakat untuk berada sekelas pada form 5 kalu boleh,dan kami hanya mahu masuk kelas kauthar je sebab xnak la masuk kelas ikhlas ni, takut mood study tu kuat sangat sampai kami xleh nak main2. Pastu aku berada la di dalam kelas tu untuk tahun ni. Pada mula2 kami berada di kelas tu, mesti ada cikgu akan tanya pelajar dari kelas mane tahun lepas, mula2nya cikgu tanya pelajar dari ikhlas pastu kauthar pastu qalam dan kelas rahman jarang2 je cikgu tanya sebab cikgu tak bajetla pelajar kelas boleh masuk ke kelas ikhlas. Dahla lelaki pulak tu, 3 orang je. Kelas lain ade juga lelaki dan perempuan.
Cikgu2 di kelas ni pun baik2 belaka. Boleh dikatakan yang setiap cikgu tu mengambil berat akan pelajarnya masing2. Dimulai dengan cikgu kelasku,Pn Faridah Che Daud yang merangkap cikgu mathematics. Cikgu ni happy go lucky sifatnya, suka berceloteh dan cara pengajarannya pun berkesan kepadaku.Lepastu cikgu bm,cikgu Abu Bakar. Bagusla cikgu ni, walaupun dia tegas tapi dia banyak pengalaman.Seorang lagi cikgu yang baik orangnya dan xsuka marah orang aku rase,iaitu Teacher Normala Yunus(BI). Apa tidaknya kalu kami xmasuk kelas pun dia tak marah pun, malah dia kate begini"saya tahu kamu semua sibuk"Cikgu mane lagi yerp..haaa..cikgu addmath,teacher Normala Sulaiman..sedap dia ajar...aku tak taula orang len macam mane...addmath ni mase tov je aku a tu pun a2...yg len b3 sokmo...hish..xkonsisten tol.
Ni seorang lagi cikgu bahasa iaitu Ustazah Zainun, sedap betol dia mengajar, lawak banyak sangat, tak tahan aku...Ustazah yang lain seperti Ustazah Maimunah yang memang bersemangat kalau nak mengajar psi.Dah la ada syarat kalu nak belajar ngan ustazah. Seorang lagi Ustazah ialah Ustazah Mazenah yang mengajar pqs dan ustazah ni walaupun beliau tak semangat seperti Ustazah Maimunah(mak b) tapi belaiu suka menerangkan sesuatu topic dengan lebih detail.Lain-lain cikgu yang mengajar kelasku tahun ni seperti cikgu Zawaiyah(SJ) yang kelasnya pun aku jarang masuk,teacher Salmi..teacher yang paling sibuk pernah aku lihat..selalu berjumpa dengan pelajar2nya untuk berkongsi masalah dan macam2 lagi.Tak kulupa juga teacher hasnah(KIM)..teacher yang prihatin..selalu tinggalkan kerja dan selalu tanya soalan setiap kali dia hendak mengajar..memang kena study lu sebelum tuh..selepastu teacher norhayati atau orang panggil cikgu 'je'..aku pun tak tahu dari mana datangnya gelaran tu...teacher ni sangat baik kerana ada satu ketika yang group aku minta nota bio form 4..lepastu teacher kate xpe,teacher akan beri...dan sorang lagi cikgu iaitu cikgu Fizik, iaitu Sir Mohamad...aku rase aku boleh ikut cara cikgu ajar tuh..walaupun ade segelintir pelajar2 yang xberapa nak paham ape yang diajar tuh..tapi itu lah cikguku dan apa-apapun kenalah terima juga..huh..habis cerite cekgu...
Aku tahu aku ambil SPM tahun ni...tapi takkan la nak tumpu SPM saje...nak jugak main2...buahaha. dahla TOV 4a je hish...apela. Selepas tu aku study semula dari a-z subjek yang belum aku kuasai tuh. Based daripada result TOV tu la jugak teacher Salmi target aku 10a je..memang aku tak puas hati...Bukan nape ngat pun..rase tak sesuai untukku ni..Silibus form4 pun xabis memangla blur mase tuh..kenela aku study dengan sendiri di samping dengan kawan2 aku. Tutup topic nih..aku rase tahun ni best la jugak sebab tak tertekan mane...kalu kerja sekolah tu..2 bulan sekali aku rase kalu ade pun..hahaha..best..Tahun ni jugak la tahu last aku kat sekolah aku..so, memang rase rindu nak tinggal sekolah ni..kekgi nak masuk universiti lak..waaaaa~.. cepatnya masa..
Pada hari terakhir peperikasan SPM, aku sedar pada masa tu mungkin kali terakhir jumpa kawan aku semua..mereka2 yang kenal aku duduk mane boleh la ku berjumpa selalu, tp kawan2 yang kali terakhir aku berjumpa tuh...tak tau bile lagi nak berjumpa. So, aku harap pelajar yang masih menuntut di tok jiring..manfaatkanlah sekolah tuh dengan sebaiknya..dari semua aspek aku rasa bagusla dan mampu melahirkan pelajar yang cemerlang...
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring is the best
Hrmmm...xtau nak tulis ape...aku edit lain kali la...xde idea dah...tunggu sambungannya...
3 makian:
huhuh faiz...byk cg kita serupa...
nop2 guru kls ambe, sir mohamad...huwaaa!!x baik goh ar pakat ngate ke ye...ambe pnoh gok ngate...kwn2 ambe...bile au nop mtok maaf....:(
mokB ngn cg che faridah are the best!hik2
owg memanggil cikgu hayati dgn panggilan cg 'je' kerana beliau selalu menggunakan perkataan itu dlm kelas..cth :
"BiO nih senang je"
"Bio nih semesek je"
"awak bace je buku...soalan2 semuanya senang je"
je..je..dan je..
alia : byk yang same ey..oo..alia ngate gak ke
sir mat..hehe
yana : mmg cikgu hayati suke sebut 'je'...kalu
tgk soalan yg beliau beri...susah tp
beliau kate senang je...
Post a Comment